Followers

Sabtu, 29 Oktober 2011

Cheese Tart




 Bahan-bahan untuk Pastri Tart
200g mentega/majerin
100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 sudu teh esen vanila



Cara membuat Pastri Tart Keju 


  • Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
  • Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
  • Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
  • Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
  • Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. 
  • Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
  • Simpan didalam balang sehingga diperlukan.

Bahan-bahan untuk Inti Tart Keju 
250g krim keju (cream cheese)
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum

Hiasan
Strawberry,peace



Cara membuat inti Tart Keju 
  • Pukul krim keju, mentega dan gula
  • Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata.
  • Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi kulit tart. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
  • Letakkan buah kesukaan dibahagian atas cheese tadi.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit sehingga masak




3 ulasan:

DeLancrettLurpak berkata...

saya akan coba resipi ni, nampak senang ni... dan nampak nyums!

adda syuhada berkata...

cistat!!!! my peberet nih...mintk copy resepi yer...masuk list dulu..heheh

fiza damia dahlia berkata...

delancrett:tq...memang muda nak buat..


adda:silakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi