Followers


Selasa, 31 Mei 2011

Bubur Nasi Kemboja..

 Assalammualaikum...Lamanya tak bersiarankan..Bukan apa dah balik pon semalam.Tapi biasala kan klu dah cuti masak bila nak mula masak balik malas la kan.Kami sekeluarga pegi ke kuantan.Ingatkan pegi terengganu rupanya kena tipu kami semua.Abang ipar nak buat kenduri doa selamat kat umah dia kat kemaman.Rupa-rupanya kenduri masuk rumah baru kat kuantan.Pindah rumah rupanya org ni.Sabar je lakan...apa-apan pon tahniah untuk abg yan sekeluarga akhirnya dapat duduk rumah sendiri..Alahamdulilah semuanya berjalan lancar semasa kenduri berjalan walaupon keadaan rumah masih belum siap kemas.Mesti ramai yang tanya kenapa nama bubur ni bubur nasi kemboja.Ha....sebenarnya ini resepi besan saya.Dia org kemboja saya belajar dari nya la.Masa mula-mula makan bubur ni sedap jugak.Rasanya lebih kurang bubur ayam la..Jom tengok resepi kat bawah dan bubur ni saya buat semalam pasal malas sangat nak masak..hehehe
Bahan-bahan:-)
1Cawan Beras
2Keping Dada Aya.-Potong Kecil
1Batang Carot-Potong Bulat
1Sudu Lada Hitam
1Kiub Ayam
1 Sup Bunjut
2Sudu Besar Sos Ikan
1Inci Halia-Hiris Halus
2Ulas Bawang Putih-Ketuk
2Ulas Bawang Merah-Hiris
Air Secukupnya


Bahan Sampingan:-)
1Mangkuk Taugeh-Basuh Bersih
1Biji Cili Merah-Hiris
Taucu
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng


Cara-caranya:-)
-Bersihkan beras masukkan semua bahan untuk memasak bubur dalam periuk.Masak hingga beras kembang.Biar bubur berkuah.
-Boleh tambah garam jika rasanya kurang masin.
-Bila bubur telah masak boleh dimakan.
-Hidangkan dengan sedikit tauge,taucu,cili merah,daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
-Enak makan semasa panas...




                      .....................fiZa DaMia YummY...................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi