Followers


Khamis, 28 Ogos 2014

Baby povlova



Resepi yg sama saya buat jual...



Baby povlova

Bahan-bahan:

4biji putih telur
2sudu besar tepung jagung
1sudu besar cuka makan
1/2 cawan gula aising (nak manis pakai 1cawan)
1sudu teh esen vanila
kertas cup cake

bahan lain:
1cawan whipping cream
buah strawberry
kiwi
anggur


cara-cara:
mixer putih telur sehingga bertanduk (klu terbalikan mangkuk mixer tu telur tak jatuh)
bila dah bertanduk putih telur tu masukan gula,tepung jagung,cuka dan esen vanila gaul guna spatula je sampai semua bahan sebati.
lapik loyang dgn kertas pembakar letak bancuhan tadi atas kertas pembakar dan bakar pada suhu 150 c selama 30minit atau lebih bergantung pada oven masing2.
sementara menunggu pavlova masak putar whipping cream sehingga naik dua kali ganda.
bersihkan buah dan potong mengikut citarasa sendiri.buah juga blh mengikit citarasa sendiri...


selamat mencuba....

Ikan bakar dan air asam


Lauk dah beberapa hari lepas.sebab x blh nak goreng2 kita bakar2,rebus2 je.budak kena demam campak x baik lagi.


Ikan bakar

Bahan-bahan:
2ekor ikan cencaru
2sudu besar cili kering yang diblander
2ulas bawang putih-tumbuk
3biji bawang merah-tumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit garam/gula

cara-caranya:
Ikan dibersihkan dahulu kemudian ketepikan.
tumbuk semua bahan tumbuk sehingga lumat.kemudian campur cili kering yg telah diblander dgn bahan tumbuk.gaul sebati.perasakan dgn gula,garam dan sedikit air asam jawa.
setelah itu lumurkan keatas ikan dan gulung dgn daun pisang.
bakar atas dapur sehingga masak.



Air asam 


Bahan-bahan:

1Biji bawang besar-potong dadu
1biji  tomato potong dadu
5tangkai cli padi-hiris halus
1tangkai cili merah -hiris
1/2inci belacan bakar
1cawan air masak
segengam asam jawa
sedikit gula


cara-cara:

masukkan air dan asam jawa gaul sebati sehingga keluar air.asingkan biji asam jawa.amik air asam jawa tu sahaja.masukkan belacan gaul sehingga betul 2 sebati dan blh lah campur kesemua bahan diatas dan perasakan dgn garam.dan blh la mkn dgn nasi panas atau begitu sahaja.




selamat mencuba....

Moist chocolate cake


resepi yg sama saya buat jualan.klu mls nak buat blh oder dgn saya.:-)

Moist chocolate cake

Bahan-bahan:
1cawan -serbuk koko
1cawan-minyak masak
1cawan-susu pekat
1cawan-gula pasir
2biji telur-saiz b
1cawan-tepung gandum
1/2sudu soda bikabonat
1/2sudu -baking powder

cara -cara :
satukan semua bahan  kecuali telur dalam periuk.buka api perlahan dan kacau semua bahan sehingga sebati.bila semua bahan telah sebati masukkan telur dan terus mengacau.bila semua bahan dah sebati masukkan dlm loyang kukus selama 45minit atau sejam bergantung pada kek anda,sebelum kukus kek pastikan kukusan panas.


bahan utk toping 

1cawan -susu pekat
1cawan -minyak masak
1cawan -serbuk koko
1/2cawan -whipping cream

cara -cara:
semua bahan masuk dlm periuk kasau sehingga sebati dgn menggunakan api yg perlahan.klu nampak toping pekat masukkan sedikit demi sedikit whipping cream.toping bergantung pada anda nak pekat mcm mana.



okey selamat mencuba




Rabu, 27 Ogos 2014

Asam pedas utara / penang





Asam pedas utara /penang

Bahan-bahan:

ikan tenggiri
cili kering-rebus&blander
2ulas bawang putih-tumbuk
4biji bawang merah-tumbuk
1inci belacan-tumbuk sekali dgn yg lain
1biji timun-potong panjang
daun kesum
bunga kantan
nenas-saya x pakai x de stok
air mengikut kesesuaian

cara-cara:
masukkan semua bahan tumbuk kedalam periuk bersama cili kering yg sudah di blander.masukkan air,air ikut byk mana kuah yg kita nak kan.masukkan daun kesum,bunga kantan kedalam periuk sekali.akhir sekali masukkan ikan dan masak sehingga ikan masak.perasakan dgn garam,gula.saya x pakai perasa....

Welcome back

welcome back atau selamat kembali ke alam maya....rindunya dah hampir dua tahun menyepi kan diri dr block ni.byk urusan sebenarnya.byk kenangan yy terjadi sejak dua tahun lepas.sehingga kini masih blm selesai...tak pe biar allah yg tentukan segalanya...tiba2 rindu nak update blog yg suam2 kuku ni.insyallah saya akan kembali seperti sedia kala....

Khamis, 6 September 2012

Kek Coklat Lembap


Kek Coklat Lembap




Bahan-bahan : 
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B

sedikit kismis-hiasan
apa2 kacang-hiasan

Cara-cara: 
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais serta kismis dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.

8.Tabur kcang di atas kek sebagai hiasan.
9. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.


FRUIT TARTLET

FRUIT TARTLET



FRUIT TARTLET
Souce : Chef Alex Goh

Souce:Mamafami

THE SHELL
Ingredients :


(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn 

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use.

TO ASSEMBLE :

1. Pipe the custard into the tart shells. I used a piping bag with a star nozzle to do the trick.
2. Arrange the fruits of your choice.

FRUIT TARTLET
Sumber : Chef Alex Goh

PASTRY


Bahan-bahan :

(A)

200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

(B)

1 biji telur

(C)

420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Kaedah penyediaan :

1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.

2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.

INTI KASTAD

Sumber : Rinn 

Bahan-bahan :

2 sudu besar tepung gandum 

2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (mama gunakan tepung jagung)
8 sudu besar gula 
2 cawan (500ml) susu segar 
2 biji telur 
2 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan : 


1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata. 
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi