Followers

Sabtu, 15 Oktober 2011

Oreo Cup Cake

 Assalammualaikum....Dah lama berehat dari memasak...huhuhu...en.hasben la ni punya pasal.Awak dilarang sama sekali untuk masuk kedapur untuk memasak..saya tak nak apa-apa terjadi pada awak..amaran keras tu..Doktor pon suruh awak berehat tau tak..jadi tak payah nak mengada-gada nak masak...kesian pulak tengok hasben dgn anak makan nasi bungkus je..
Hari ni di kesempatan ini en.husben kerja jadi saya masuk dapur buat cc ni.Kebetulan nak dibawa kerumah bos lama en.hasben.Takkan nak pegi umah orang dengan tangan kosongkan..nasib baik cc nie senang je nak buatnya..jom tengok bahan-bahannya...




Resepi asal:-)Mat gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Biskut oreo, untuk hiasan


BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang,hias atasnya dengan biskut oreo...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi