Followers


Rabu, 24 Ogos 2011

Kerepek Kentang Pedas

 salam pagi sume..masam mana puasa hari nie..tak berapa hari je nak raya kan..Semalam tekak ni terasa nak menguyah je.Bukan semalam je..Sejak dua menjak ni mulut ni memang asyik nak mengunyah je.Lapar je memanjang..Siap la lepas nie naik la berat badan nie ha..Kebetulan semalam ada lebihan gorengan ikan bilis dengan kacang tanah.Karang dibiarkan lama-lama bau hapak pulak kacang tanah tu kan..Resepi Dari myresepi.Tapi saya ikut dari rumah kak hana jepun yang lama membisu tu..hehe..kak hana dah tak nak berbloging g ke..
 resepi asal:-)Zana08 my resepi
sumber:-)kak hana memories



Bahan-bahan:-)


  • 5 biji kentang
  • 2-3 sb lada kisar
  • 4 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit ikan bilis
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sb gula
  • belacan skit
  • sedikit garam
  • 2 genggam ikan bilis goreng
  • 2 genggam kacang tanah goreng
  • minyak utk mengoreng dan menumis


Cara-cara:-)

  • Kupas kentang, hiris nipis dan goreng hingga kekuningan
  • Kisar bawang kecil,bawang putih dan ikan bilis
  • Tumis bahan kisar dan lada kisar + belacan hingga naik bau
  • Masukkan sos tomato, gula dan garam, gaul sebati.
  • Masukan chips kentang, ikan bilis,kacang dan kacau hingga rata.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi