Followers


Rabu, 7 September 2011

Ayam lada hitam berampai

 Assalammualaikum n selamat hari raya..Masih dalam mood hari raya kan...Haaaaaa...........dah lama blog ku tak di update..Dah naik sawang rupanya...ya allah malasnya makin menjadi-jadi..Hari nie en.laling mintak nak makan kat rumah.katanya dah tak lalu nak makan luar..Jadi untuk tidak menghampakan permintaan en.laling ku masak la juga.Godek-godek la dapur kak nor secubit garam.Terjumpa la resepi yng simple ni..Boleh la try untuk orang yang macam saya nie..jom layan resepinya kat bawah...
resepi asal:-)kak nor secubit garam


 Bahan-Bahan:-)


1/2 ekor ayam
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dngn 1/2 cwn air
1 sudu besar lada hitam , di tumbuk
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
5 biji bawang merah/kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Hiasan- di hiris2
1/4 biji lada benggala hijau
1/4 biji lada benggala kuning
1/4 biji lada benggala merah
1 labu bawang besar

Cara Menyediakannya:-)
  • Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan.
  • Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak.
  • Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi.
  • Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati.
  • Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

nampak sedap ayam masak cmni..bleh masuk list jgk resepi nih...

Bungadamia berkata...

hehe...buat gn buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi