Followers

Rabu, 9 Mei 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake




Assalammualaikum n salam tengah hari....Dah makan tengah hari ke.Hari ni saya cuti-cuti masak...Payah jugak la ada baby kecik ni nak masak.memang terkejar-kejar masak.masak berenti.masak balik berenti balik.Adoi la sampai bila nak habis tak tau la.tapi nak buat macam manakan,anak kita.sekarang ni masak pon yang ala kadar je.jaji perut di isi..ni pon dapat peluang nak menghapdet blog sekejap je.karang si tecik tu bangun  dapat nak nak buat apa.nak mengentel dia je la.Macam biasa kek ni masa belum bersalin lagi.Memang dah lama  kek ni.Pic pon dok terperap dalam lappy dah lama.Baru ada kesempatan nak masuk blog..Saya memang suka resepi kek kak dayang ni.Lagi-lagi kek coklat.Hampir kesemua resepi kek coklat memang saya ikut resepi kak dayang.Kak dayang minta izin share kat sini pulak ye..




Resepi asal:Kak Dayang jack



bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.





2 ulasan:

adda syuhada berkata...

tak tahan tgk kek nih...dh bwk piring dh ni...

fiza damia dahlia berkata...

Adda.dah jadi baja le.cam mana nak bagi sikit nie.esok lusa saya buat saya baginye.bak sini alamat rumah...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi