Followers

Jumaat, 11 Mei 2012

SUP AYAM ALA UTARA

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Oleh kerana tergoda dengan rupa sup ni yang ditayang oleh kak naz maka dengan tak tunggu-tunggu lagi terus sediakan sup ini untuk santapan keluarga.Memandangkan sekarang ni memang tak banyak masa nak duduk berjam-jam didapur.Jadi buat sup ni jalan paingg senang.Sup ni memang cepat utk ornag macam saya sekarang.Memang  bley lama-lama duduk dapur.Bagi orang yg  punya masa nak masak pon bley masak.Jimat masa tau. 
 Sup ni boley dimakan dengan apa sahaja.Roti,Nasi,Makan begitu je pon boley.yang punya anak kecik pon boley bagi makan dengan bubur.Anak-anak mesti suka.okey la  payah nak merapu meraban.Cepat taip apa yg patut sebelum dak tecik bunga bangun.
 SUP AYAM ALA UTARA
Percubaan pertama:Fiza Damia Dahlia

Bahan Tumis : 
(boleh dimesin atau ditumbuk kasar) Saya tumbuk kasar
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 sudu besar ketumbar 
  • 1/2 sudu besar jintan manis 
  • 1/2 sudu besar lada hitam 
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu besar lada putih 
Bahan Kisar @ tumbuk:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia - dititik atau dikisar
  • 1 batang serai - dititik
  • 1/2 peket kecil serbuk rempah sup ADABI - bancuh dengan sedikit air utk dijadikan pes
  • Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo ayam - potong kecil
  • Minyak masak (sekiranya guna cara menumis) 
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • Carot-saya tambah
  • Air secukupnya
  • Garam


Cara Penyediaan :
  1. Jika dibuat cara menumis - Panaskan minyak dan tumis rempah kasar sekejap. Kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk dan kacau. Masukkan pes rempah sup ADABI dan kacau lagi.
  2. Masukkan serai dan halia. Kemudian masukkan air dan kacau untuk mengelakkan berkerak.
  3. Masukkan ayam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih baru kacau-kacau sedikit. Masak hingga empuk. Masukkan kentang dan carot
  4. Bila ayam hampir empuk, perasakan garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mereneh seketika. Apabila daging ayam betul-betul empuk, padamkan api dapur.
  5. Boleh dihidang dengan taburan daun sup dan daun bawang, perahan air asam limau, potongan cili padi dan juga taburan bawang goreng.
Jika dibuat cara merebus - Masukkan air ke dalam periuk dan segala bahan-bahan lain sekaligus dan rebuslah hingga empuk (cara ni bagus sebab tak guna minyak dan sesuai untuk orang yang nak jaga badan).


7 ulasan:

tun_telani berkata...

salam kak fiza.. mmg sedap sup nii.. tumbuk cili padi sket, fuhh.. mmg xhingat dunia la hirup ^^

fiza damia dahlia berkata...

salam tun... sedap sangat sup ni.anak akak memang suka sangat sup ni...mak dia apa la lagi.buat masa ni sili padi berani nak mkn.takut baby sakit perut plk.baby kecik tgh nyusu lagikan.cili padi tu tuk abg je la karang dia mkn..

Naz / Nadz COSK berkata...

Fiza, hehehe.. Terkena penangan sup ala utara ni jugak ye.. Mmg best kan.. Akak pun tang cili padi tu, beringat2 sikit time mkn sbb anak yg kecik still nyusu badan lg..

fiza damia dahlia berkata...

kak naz tu la.terkena juga penangan sup ni.fiza memang suka sup2 ni.klu la nyusukan baby mau makan cili padi.tapi dah okey la sebab ada pedas lada tu kan.sian kat baby je nanti sakit perut klu makn pedas sgt.akak pon nyusukan anak akan lagi yek.

Leadership Developmant Training berkata...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

adda syuhada berkata...

kalau ada sup ni lawan plk ngn smbal belacan @ ikan masin bleh bertambah2 nasi..

fiza damia dahlia berkata...

addaa:a ah klu ada sambal belacan dgn ikan masin memang laju.mkn pandang org dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi