Followers

Sabtu, 14 April 2012

Kek Pelangi dan dah berkurun lama



Salam peang sume...eh..eh..eh...tetiba jadi rajin yek menghapdate blog...kikikiki....lalalala....sebenarnya kek ni dah berbulan lama dah buat.kalau tak silap masa ni nak raya cina.masa tu mengandung dah 7bulan kot rasanya.Masa ni kami satu family pegi PD saja-saja cuti lamakan...Jadi pikir punya pikir dan kebetulan masa tu nak sangat makan kek pelangi terus je la buat.Kek ni memang okey tapi saya kurang minat la pulak pasal manis sangat la.Jadi bila lain kali nak buat kena la kurangkan gulanya tu...okey meh intaiintai resepinya...Time kasih pada tuan punya resepi syufa my resipi.





Tak dapat nak potong sebab nak bawak jalan jauh






Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )
  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek


Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
  4.  Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.



  1. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  2.  Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  3.  Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  4.  Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi