Followers

Isnin, 16 April 2012

FRUITS TART




Salam pagi isnin...Menjengah sekejap ke ruang blog ni sementara anak dara tecit tu tido.Karang dia bangun satu keje pon tak bley buat.Macam biasa la kan segala resepi ni semua dah setel jadi baja.Buat masa tgh peknen ari tu.Atas sebab kemalasan melanda diri ini maka tak mengupdate la n3 baru.sekarang la baru rajin sikit.tapi tak rajin macam dulu yek.sekarang ni gh sibuk yg amat sangat dgn dua anak dara kat rumah ni.dan masih dalam pantang lagi.okey resepi ni saya kongsikan untuk sapa-sapa yang nak buat nanti yek.resepi dariA Journey Call LIFE...



Bahan-bahan :
(A)
200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila
(B)
1 biji telur
(C)
420g tepung
1 sudu besar susu tepung
Kaedah penyediaan :
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu.
Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan.
Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.


 INTI KASTAD

Bahan-bahan :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung ( suka guna tepung kastad lagik)
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar ( guna susu cair)
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.

6 ulasan:

Sari Yusa Ibrahim berkata...

best buat sendiri, dapat makan banyak2.. hehehe

fiza damia berkata...

betul tu buat sendiri boleh mkn banyak2.nak letak buah banyak2 pon bley,hehe

ainlaily berkata...

wow.. dlm busy2 n brpantang tu smpt gak wat tart yup.. huhu

fiza damia berkata...

ain tart n dah lama buat.hari tu peknen maslas nak update blog,skrg baru rajin nak menghapdet blog balik...

adda syuhada berkata...

kalau namanya tart...mmg peberet adda la...terliur...

fiza damia dahlia berkata...

adda:semua jenis tart saya minat.lagi2 cheese tart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi