Followers


Rabu, 21 September 2011

~Nasi Ayam Madu II~

 Salam...dah makan ke...mesti dah makan kan.saya baru je lepas makan..hari ni sikit rajin la buat nasi ayam madu..nasib baik mia ok.demam-demam mamanya pancing dia dengan cite upin dan ipin.Hamik ko dua jam lebih dia mengadap lappy maknya.sampai habis betery..nasib juga mamanya sempat siap masak.Siap basuh baju lagi.Tapikan lepas semua dah siap mamanya yg kepenatan apa lagi terus je mandi pas tu baring la..memang dah tak larat sangat berdiri lama..ok berbalik pada resepi nasi ayam ni saya pena buat dulu..Yg ini masih resepi yg sama suma tambah-tambah sikit la..tu je..
 untuk nasi:-)
  • 4 cawan beras siam / basmathi
  • 1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
  • 1 kiub ayam
  • 1 ½ inci halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar penuh mentega/marjerin
  • kulit kayu manis
  • daun pandan
Cara penyediaan:-)
1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih  hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi, panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan. Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh. Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.
Untuk Sos kicap:-)
  • kicap manis
  • sos tiram
  • minyak bijan
  • sedikit sup
* Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan…. boleh jugak dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. sedia untuk dihidangkan.
Untuk sos lada/ sos cili:-)
  • 8 -10 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3/4 inci halia
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 – 4  sudu makan penuh gula
  • 4  sudu makan cuka
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 sudu makan sos ikan ( jika suka )
* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur… sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi