Followers


Selasa, 16 Ogos 2011

TART NENAS NYONYA

 Assalammualaikum...Saya suka sangat-sangat.Kenapa?Sebab tart nenas saya dah siap..Tapi kan dah selamat disantap oleh en.hasben dengan  si mia.So hari nie kena la buat lagi..Rasa nak buat yang jenis gulung pulak..Tapi tengok la masam mana.Tengok macam mana keadaan badan ku.Sangup ke nak duduk lelama..Resepi asal dari kak gee.Memang sedap la tart ni.Pada pengemar tart buat la tart ni.
 Resepi asal:-)Kak Gee,Azlita  Aziz


Bahan-bahan:-)

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas 

Cara-caranya:-)

  • Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  • Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
  • Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.
  • Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
  • Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
  • Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
  • Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
  • Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi