Followers


Selasa, 16 Ogos 2011

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

 Salam...Sambal ikan bilis petai di bulan puasa...hahaha..hamik ko makan terlampau banyak sangat petainya..perut ku meragam pagi-pagi buta..Kul 1.30pagi dah memulas-mulas sakit pewut..hehe..saya ni memang kalau makan petai banyak sangat memang sakit perut..Tapi petai ni memang sedap pada yang sukakan..Kira ulam la mcm tu..Jum la kita tgk resepi yek..Resepi main campak-campak je..
 BAHAN-BAHAN :-)

3 genggam ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 papan petai - kopek ambil buah petai
1 sudu kecil gula
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :-)

10 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :-)

  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.
  • Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi