Followers


Rabu, 17 Ogos 2011

Lengkong Sirap

 Assalammualaikum...tgh wat pe tu..wat kuih raya ke?Dah banyak ke siap..Saya ni dah buat kuih raya.Tapi dah kena bahan dek bapak budak..Nak kena la mengentel lagi..Tu yang penat tu..Jom la layan lengkong simple ni..
Resepi Asal:-)Mat Gebu

 BAHAN-BAHANNYA :-) 


12 gram agar2 serbuk atau agar2 tali
1100 ml air
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan + 2 camca besar gula pasir
1 camca besar penuh sirap rose 


CARA MEMBUATNYA :-) 

  1. Jika guna agar2 tadi, gunting pendek dan rendam 30 minit (guna air 1100 ml tu). Kalau guna agar2 serbuk boleh guna terus.  Dalam periuk satukan gula pasir dan agar2 serbuk, kacau rata. Tuang air dan kacau. Jerang atas dapur, masukkan daun pandan dan sirap rose, kacau hingga semua sebati dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Tapis dan tuang dalam bekas, mat guna loyang 8 inci x 8 inci x 1 inci. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk hingga keras dan dingin.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi