Followers

Jumaat, 12 Ogos 2011

Sardine Rolls

 Assalammualaiku...tergoda tak tengok sardin roll nie...heheehe..kejap jekan dah 12ramadhan...pejam celik pejam celik dah nak raya pulak..tapi tahun nie mood nak buat kuih raya sendiri merudum la..Macam malas je nak bua.Tapi nak buat jugak..Lagi-lagi tart nenas.Tengak kawan-kawan kat fb semua dah sebok-sebok dok buat kuih..Aku nie bila gamaknya nak start buat nie...Kemalasan betul la..berbalik pada sardin roll nie..Ok saya dapat dari rumah izah daut.Dah lama masuk dalam list nak buat.tak terbuat-buat juga.Jadi semala dok belek-belek list jumpa la resepi ni.Senang je bahan-bahan semua ada apa lagi mulakan prosesnya.Tapikan sikit la pulak..Tak cukup..Hehe lenkali nak buat lagi la.kat umah nie sume suka plk tu..Izah mintak izin copy yek..
 Resepi asal;-)Noorsha ,Noorsha@MyR & Izah Daut



Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )
200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam

Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi


 Cara-cara:-)

Untuk Pastri :-)
  • Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  • Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  • Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  • Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin &; tak melekat di tangan.
  • Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti:-)
  • Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  • Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  • Masukkan hirisan bawang besar &; tumis bersama hingga layu.
  • Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  • Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula &; limau kasturi.
  • Tumis hingga betul² garing.
  • Cara menyediakan Sardine Roll
  • Canai nipis pastri &; potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  • Masukkan sedikit inti sardin &; gulung.
  • Susun dalam dulang pembakar &; sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  • Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi &; bakar sehingga kuning keemasan.

2 ulasan:

Diana @ Melley Mey berkata...

rajinnya fiza buat sardin rolls... akak hanya beli jer... tp buat sndiri mmg puas ati kan fiza... nampak sedap tu tau...

fiza damia berkata...

boleh la kak sikit-sikit..tapi sekarang ni jarang masak..ye la kak buat sendiri memang puas hati..tq ye kak resepi nie memang sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi