Followers


Khamis, 11 Ogos 2011

Hotplate Yee Mee

 Biasanya kalau membeli-belah di hyper market, saya dan en.hasben akan ke medan selera dan biasanya hidangan mi akan menjadi pilihan. Tetapi sekarang, kami sangat jarang menikmati mi disana lagi memandangkan kualiti hidangan mereka semakin lama semakin berkurang. Begitu juga dengan kuantitinya. Hanya harga yang semakin bertambah. Itu yang membuatkan saya frust sangat. Kalau dulu banyak jenis sayur yang diguna, kemudian cuma tinggal sawi dan kini sawi dah diganti dengan kobis. Untuk memenuhi selera makan saya yang besar, saya rajinkan diri untuk membuat sendiri. Bukan susah sangat masakan cina ni. Yang penting mesti ada bawang putih dan kicap. Sekurang-kurangnya bila masak sendiri, boleh juga saya sumbat segala yang ada dalam peti ais tu masuk dalam mi. Puas hati saya!Resepi saya dapat dari tv.rancangan yg hangat sekarang nie ketuk-ketuk ramadhan yang dihoskan oleh shela rusly tu..
 Bahan-bahan:-)
2 keping yee mee kering
2 ulas bawang putih
2 cmb kicap cair
2 cmb sos tiram
1 cmt minyak bijan
100 gram ayam dipotong kecil
3 kuntum cendawan bunga direndam dalam air panas selama 30 minit dan diperah airnya. Hiris 4
3 tangkai sawi
1 cmb tepung jagung dibancuh dengan 100ml air sejuk
2 L air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa
3 biji cili padi diketuk

  • Cara-caranya:-)
  • Tumis bawang putih yang telah dihiris nipis sehingga wangi.
  • Tuangkan air rebusan ayam, sos tiram, kicap cair, cili padi, cendawan bunga, hirisan ayam, minyak bijan, garam serta gula.
  • Setelah ayam masak, sewaktu kuah mendidih, tuangkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau dengan laju. Berhenti menambah air bancuhan tepung jagung setelah mendapat kepekatan kuah yang dikehendaki.
  • Masukkan sawi dan biarkan masak sebentar.
  • Panaskan hotplate dan letakkan yee mee diatasnya.
  • Tuangkan kuah dan biarkan yee mee kembang. Hidangkan panas-panas


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi