Followers


Isnin, 15 Ogos 2011

Nasi Kerabu II

 Assalammualaikum...Mesti ibu-ibu tengah dok ikir nak masak apa untuk menu berbuka hari niekan..saya pon tengah fikir nak masak apa untuk menu berbuka harini..cadangan saya macam nak masak sambal ikan bilis petai..sedap jugak tu kan..dah lama tak makan petai..walau apa pun menu yang disediakan untuk keluarga kita semoga kita ibu-ibu memasak dengan iklas.. saya sebenarnya nasi kerabu ni saya buat hari sabtu yang lalu..smalam memang tak ada masa nak masukkan n3.Bawa si kecil tu pergi beli baju rayanya..Tapi mama dengan papanya tak sempat nak beli..Resepi nasi kerabu nie memang saya dah pernah buat..Masih gunakan resepi yang sama..Yang lama blh tengak kat sini..Tapi saya lupa la pulak dari mana saya dapat resepi ni..Pada tuan asal resepi mintak halal ye..
 Bahan-bahan:-)


Untuk nasi:-)
4Cawan beras
1sudu teh Garam
4 1/2 Cawan air
2-3 titik pewarna Biru
2-3helai daun limau purut
1batang serai-ketuk


Untuk Sambal:-)
-5-10 biji cili kering-rebus
1/2biji bawang besar
2ulas bawang putih
1cm halia
1sudu teh serbuk kunyit
1/2cawan santan pekat
2batang serai
2keping asam gelugor
2sudu besar budu@3sudu sos ikan
garam
gula melaka


Untuk Sambal Ikan:-)
3Ekor ikan kembung
1Cawan kelapa parut
2ulas bawang putih
1/2biji bawang besar
4-5biji bawang merah
1batang serai
1cm halia


Untuk Kerabu:-)
Kubis-hiris
Timun-potong halus
Tauge
Kacang panjang-potong kecil
Daun kesum-hiris


Bahan-bahan sampingan:-)
Solok lada
Telur masin
Sambal belacan
Keropok ikan


 Cara-caranya:-)
1.Masak nasi
-Cuci beras macam biasa.Kemudian masukkan sume bahan untuk nasi..


2.Sambal
-Mesin cili kering,kunyit,halia,bawang besar,bawang putih,dan serai hingga lumat.Panaskan minyak tumis semua bahan mesin hingga garing..Bila garing masukkan serai dan santan.Masukkan juga garam,gula melaka dan asam gelugur.Rasa la masin manisnya.Tutup api juka sudah ok..


3.Sambal ikan kelapa
-Bakar ikan hingga masak.
-Goreng kelapa tanpa minyak dgn api kecil hingga jadi perang.Bila sudah kelapa perang tumbuk kelapa itu.
-Asingkan isi ikan dgn tulang.Tumbuk isi ikan sampai halus.
-Tumbuk bawang dgn serai sehingga lumat.
-Campur sekali ikan dan bawang.Goreng tanpa minyak hingga garing..
-Goreng sekali dgn kelapa dan ikan tadi.
-Akhir sekali masukkan gula dan garam.Gaul sampai sebati.


4.kerabu
-Hiris semua sayur dan gaul sehingga tercampur semua..


5.Ayam
-Ayam diperap bersama halia,kunyit dan garam.Kemudian goreng.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi