Followers


Rabu, 3 Ogos 2011

Roti Jala Pandan n Kari Ayam

 Assalammualaikum...ni salah satu menu berbuka kami semalam..roti jala..Hidangan sampingan la lebih kurang macam tu...Tapi kali nie roti jalanya saya letak daun pandan.Masa menjalanya memang wangi semerbak la..Mula la berkeroncong perut nie..Maklum la puasa kan..resepi masih pakai yang lama cuma saya gantikan air dengan air pandan..nak tengok ersi terdahulu klik sini..








Bahan-bahan:-)
750 - 850 ml air
410 ml susu cair (saya guna fresh milk)
600 gm tepung gandum
2 biji telor
3 - 4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau
sedikit elmulco pandan2 helai daun pandan - untuk merenjis




Cara-caranya:-)
-Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
-Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
-Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
-Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
-Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
-Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.




























Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi