Followers


Isnin, 1 Ogos 2011

Nasi Kari dan Salam Ramadhan

 Assalammualaikum...salam ramadhan dari kami sekeluarga..Diharap ramadhan kali ini diberi seribu keberkatan dan kebaikan juga di limpahkan kesihatan yang baik.Di kesempatan ini fiza mengambil sedikit ruang untuk menghulurkan ribuan kemaafan jika diri ini ada melukakan atau menguris perasaan insan2 yg sering berkunjung dan singah di dapur fiza yang tak seberapa ini... Sesungguhnya fiza hanya insan biasa yg penuh dengan seribu satu kelemahan.. kadang kala bila terlalu gembira, kita luahkan segalanya hingga tidak mengetahui ade jiwa yg terluka... walaupun kenalan kita di alam maya cuma, namun jalinan ukhwah itu telah terbina  dan biarlah ia kekal selamanya...Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa dari fiza dan keluarga buat semua pengunjung setia tidak kira di mana sahaja anda berada...
ok berbalik pada menu nasi kari kita ni..menu tertangguh nie.Janji nak masukkan beberapa hari lepas.Tapi mak cik terlupa nak oi..hehe..Menu nie sesuai juga di buat untuk berbuka puasa..Senag sangat nak membuatnya..tak payah nak fikir masalah lauk lain sebab dalam nasi ni dah ada ayam..En.somi makan macam tu saja..Katanya sedap la.Nanti puasa pertama buat lagi ye mama..nampaknya hari ni memang saya buat lagi la nasi nie..terima kasih juga pada tuan resepi asal iaitu ibudo.
 Resepi asal:-)Ibudo
sumber:-)Azlita aziz
sumber:-)kak Anim



Bahan-bahan:-)

3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam 
sedikit daun ketumbar

 cara-cara:-)
  • Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
  • Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar. Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api.
  • Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.
  • Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala bahan yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi