Followers

Khamis, 4 Ogos 2011

Kuih Talam Gula Merah

 Assalammualaikum....Diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa..Macam mana puasa semua ok tak..Di harap ok la kan...Jangan malas-malas puasa..Hehehe..jom la kita layan kuih talam gula merah nie..sumber dari rumah izah daut..Kuih nie untuk kami berbuka semalam..
 Sember:-)Izah Daut


Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara-caranya:-)
  •  Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
  •  Gaulkan adunan dan tapiskan.
  •  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
  •  Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:-)
  •  Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
  •  Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
  •  Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
  •  Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.






2 ulasan:

izahdaut berkata...

hitam elok je warne lapisan bawah tu... sedap buat juadah berbuka n share ngan jiran kuih gini kan

fiza damia berkata...

tq izah atas resepi nie..memang sedap la..tapi tak cantik la permukaan atas tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi