Followers


Rabu, 13 Julai 2011

~Pizza Lagi,Pizza Hawaiian ~

 Assalammualaikum..Salam petang...Acully ni sarapan kami pagi tadi...Lupa nak masukkan pagi tadi jadi kita masukkan petang nie yek...Pizza lagi..Adaoi gemok la aku...Tapi nie yang disukakan oleh anak dah suami..Jadi saya ni buat je la..Dah dorang suka makan..Resepi masih guna yang sama juga..Toppingnya je tukar..
  Resepi Asal:-)Mat Gebu
Rujukan:-)Cikmin



Bahan-bahan:-)
DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
 BAHAN UNTUK TOPPING :-)
1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL-guna separuh je
1-2 ketul dada ayam
2Batang Sosej-Potong kecil
1 sudu kecil mix italian herbs
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cheese monzarella
Cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
nenas tin - potong kecil-kecil

Cara-caranya:-) untuk topping


  •  Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih
  • Dada ayam dipotong nipis dan dicincang .
  •  Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan mix herbs serta garam secukup rasa . 
  • Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi