Followers


Selasa, 12 Julai 2011

~Nasi Serai n The geng~

Salam semua...Tau tau la kenapa la 2,3 menjak nie susah bebenor nak masukkan n3 baru..Aissy  badan nie letih je....Malasnya tak payah cakap la sampai en.suami cakap mama ni kenapa?sampai tak buat keje langsung.Sebenarnya nasi serai nie saya buat hari sabtu yang lalu..memang niat dah lama simpan resepi nie.Asyik tertangguh-tangguh je nak buat.Ni baru la ada peluang nak buat.Resepi asal saya amik dari sini nannie..Tq tuan resepi ye..

Ayam Masak Rose

Bahan-bahan:-)

1 ekor ayam dipotong lapan
1 mangkuk pati santan
1 tin kecil pati tomato
2 camca besar serbuk rempah ayam
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 gelas air
2 biji tomato
3 biji cili hijau
daun pandan
daun pudina
garam
1 sudu teh gula
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
kulit kayu manis

Bahan dikisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
2 labu bawang besar
1 inci halia



Cara-caranya:-)

  • Masukkan satu cawan minyak masak ke dalam periuk. Setelah panas, masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  •  Masukkan juga sedikit halia serta bawang besar yang telah dikisar. Setelah bahan-bahan tadi kekuningan.
  • masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang besar, halia, serbuk rempah ayam, serai dan daun pandan. 
  • Tumis hingga wangi. Selepas itu, masukkan air bersama ayam yang telah dibersihkan.
  •  Setelah ayam empuk, masukkan pati tomato, santan, asam gelugur, garam dan gula. 
  • Setelah mendidih, masukkan cili hijau, tomato dan daun pudina. Perlahankan api, masak sehingga naik minyak. Setelah itu, bolehlah dihidangkan.


BAHAN-BAHAN:-)

4 cawan beras basmathi
3 cawan air
2 cawan susu cair
2 helai daun pandan- disimpul & ikat
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN :

1 sudu besar rempah kurma-dibancuh dengan sedikit air
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 batang serai-dititik
2 inci halia
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih


CARA MEMASAK :

  • Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan ketepi kan kemudian titik serai .
  • Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .
  • Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi serta boleh la ditutup suis periuk nasi ini ..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi