Followers

Jumaat, 1 Julai 2011

Nasi Ayam Penyet

Selamat pagi..Hai  semalam cik google sau hari tak boleh pakai..Jadi saya pon memalaskan diri la sampai ke malam nak on9..Lantak ko la kat situ ye..Ni la resepi semalam yang saya nak masukkan tengahari semalam tak boleh..Jadi ni lauk tertunggak ok..Nasi ayam penyek..Sebelum nie dah try buat ada kat label nasi...Cari la ye.Sama je resepinya cuma kali nie tak ada tempe dan tahu uga salad.Jadi saya gantikan salad dengan tinum dan carot..
Bahan-bahan:-)
Untuk Ayam

1 ekor Ayam-Potong 8 bahagian,rebus selama 10minit dan toskan
1/2 sudu Jintan Manis
1/2 sudu Jintan Putih
1/2 sudu Ketumbar
1 sudu besar Serbuk Kari
1/2 sudu lada hitam
3 ulas bawang putih
1cm halia
Sedikit air
1 sudu kecil Garam



Cara-cara :-)
Untuk Ayam
-Masukkan semua bahan kecuali minyak dlm pengisar,kisar halus
-Lumur bahan pada ayam dan perap
-Simpan bahan kisar yg berlebihan untuk mengoreng tempe dan tahu.
-panaskan minyak dan goreng







Bahan-bahan:-)
Untuk Sup
Air rebusan ayam 
2Biji Kentang-Potong 4
1Batang Corrot-Potong Kecil
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng




Untuk Sup
-Lebihan air yg merebus ayam tadi jgn buang..
-Masukkan garam,kentang,carot dan daun sup.
-Tabur bawabg goreng


Untuk Nasi:-)
3 cwn Beras
3 ulas Bawang putih
1 btg Kulit kayu manis
4 biji Buah Pelaga
2 Kuntum Bunga lawang
sedikit butter
Garam
1 Kiub Ayam
6 cwn air

Untuk Nasi:-)
-Panaskan butter tumis bawang putih,kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga..
-Guna air rebusan ayam tadi untuk masak nasi.


Unuk Sambal:-)
Minyak masak

10 btg Cili merah
10 btg Cili padi
10 Biji Bawang kecil (merah)-Hiris
3 Ulas Bawang putih
5 Biji Tomato
sedikit belacan
3 sudu Serbuk ikan bilis
3 sudu Gula Merah

Untuk sambal:-)
-Panaskan minyak.Goren ikan bilis hinga garing.
-Goreng belacan seketika.
-Masukkan bawang merah,bawang putih dan cili.
-Setelah layu masukkan tomato dan tutup api
-Masukkan semua bahan yg digoreng ke dlm pengisar.
-Setelah dikisar masukkan dlm kuali leak gula merah dan gaul rata.



Bahan tambahan:-)
-Tempe,tahu,salat,timun dan tomato


-Untuk Tempe dan tahu perap bersama bahan-bahan perapan ayam tadi.Kemudian boleh lah digoreng.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi