Followers


Jumaat, 1 Julai 2011

Muffin Pandan

 Salam jumaat yang indah dan diharap pagi ni kita semua dilimpahkan rezeki yang murah,kesejahteraan yang lebaih baik..Jom kita makan muffin pandan pagi nie..Masa tengah buat adunan ni bau nya ya allah semerbak ko..Nak-nak masa tengah bakar tu satu rumah baunya.Sampai keluar baunya..Memang wangi.Bila siap terus je amik ngap.Tapi pelan-pelan la.Sebab masih panas..Mia makan sampai dua biji..Kenyang sampai tersandar kat kerusi.Hehehe la mia ni..Resepi ni saya dapat dari rumah kat ct delima..Tq kak ct..Minta izin nak komgsi kat sini pulak...
 MUFFIN PANDAN 
Sumber :ct delima 

Bahan-bahan: 

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya
 Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi