Followers


Khamis, 30 Jun 2011

Apam Snow White

  Selamt pagi...Dah sarapan ke..Apa belum lagi..Jom sarapan dengan saya dan mia.Kitaorg makan apam snow white pagi nie..Sebenarnya apam nie saya buat semalam bawak ke pagi nie untuk sarapan kami berdua..Apam ni memang lembut kejadiannya.Rasanya sama macam apam eno.Bangun pagi nie ingat nak kukus la tapi masih lembut lagi.Tapi mana sedap makan sejuk-sejukkan.Panaskan jugak..Nak-nak makan dengan kelapa..Mak ai sedap ko..Biasa la kan resepi dari rumah kak hana yang populer tu.Tapi sekarang nie kak hana diam membisu la.Cikgu la katakan..Bz la tu memgajar..Kak Hana jangan la cunyi sangat..Jom la amik resepi kalau pada yang suka apam ni..

Resepi Asal:-)





 Bahan-bahan:-)
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam




Cara-cara:-)

  • Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  • Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  • Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  • Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  • Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  • Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda
  • Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi