Followers


Isnin, 4 Julai 2011

~ Ikan Tempra Nyonya...

 Assallammualaikum...Dah lama rasannya tak masukkan n3 baru kan..Kesian pada pengunjung fiza damia yummy..sory la ye..Sibuk memalaskan diri dan 2,3 hari nie banyak tempahan dari kawan-kawan..Semalam pulak sibuk g jejalan dengan en.hubby dan mia.Bawak mia g jalan-jalan..Lama rasannya dah tak bawak mia g jalan-jalan..Tu yang bawak semalam..Mene hari nie saya masak simple sangat-sangat tau.Resepi asal dari rumah melley mey.Resepi yang simple dan boleh buat pembuka selera tau.Pada yang rasa tak ada selera nak makan hidangan nie memang sesuai untuk pembuka selera.Sebabnya ada rasa masam-masam,rasa bawang goreng yng rangup tu.Sedap weh wakan nie..
Resepi asal:-)Melley Mey




 Bahan-bahan:-)
4 ekor ikan selar atau ikan kembung
Daun bawang-Saya tak pakai
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah )_ Tak bubuh pun tak apa

Bahan-bahan A ( D goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang merah _ d hiris

Bahan-bahan B
5 - 8 biji cili padi-saya tak pakai
3 batang serai _  titik
2 biji cili merah _ potong menyerong





Cara-cara:-)
  • Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa.. Goreng d dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan bhn² B sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  • Setelah mendidih bolehlah d masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit d atas api kecil.
  • Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  • Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi