Followers


Selasa, 19 Julai 2011

Mee goreng mamak Dinner malam tadi


 Assalammualaikum...Dinner malam tadi..Hehehe tak lalu nak masukkan semalam..Kes nak layan cite juvana kat tv3 tu..Semalamkan last cite tu..Masak pon paling simple je..Mee goreng nie permintaan en.hubby..Tekak saya ni nak makan kuey teow ladna tapi hubby nak makan mee goreng mamak..Layankan je la...jom la layan resepi nie..
 Resepi Asal:-)Wana Yusuf @Potret Kasih


  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis  (saya ganti dengan udang, sotong dan isi ayam  )
  • 100 gm fish cake
  •  3 keping tauhu ( goreng dulu baru potong2)
  • 3keping tauhu kering-hiris nipis
  • 4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 3 sudu sos tomato/cili – saya tambah
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur 
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]
  • Daun Bawang-Hiris
  • Bawang Goreng
Cara penyediaan
  •  Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  •  Masukkan ayam,sotong,udang dan kacau rata.
  •  Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.
  •  Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.
  •  Masukkan taugeh dan sawi.
  •  Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  •  Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  •  Masakkan mee agak kering.
  •  Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi