Followers


Selasa, 5 Julai 2011

Ayam Masak Kicap @ Melley Mey

 Assalammualaikum..Dah makan ke?Apa belum makan lagi?Nape pulak ni belum makan.Cepat-cepat g makan nanti masuk angin pulak perut tu..Sape yang belum makan jom makan dengan saya..Hari nie kita makan lauk ayam masak kicap versi 2 dari melley may..Sedap tau.Pada sesiapa yang memang minat makan lauk ayam masak kicap nie memang sesuai mencuba.Gerinti sedap dan puas hati tau..Tq to kak melley may yang memberi resepi nie..Puas hati sangat bila makan dengan nasi panas.Mia makan sampai dua pingang.Lauk kicap nie memang feberat mia pon..Tu yang rajin nak mencuba..
 Resepi asal:-)Melley Mey





Bahan-bahan:-)
4 ketul peha ayam _  buang kulitnya dan d potong kecil
1 batang lobak merah _ kupas kulitnya dan d potong menyerong
4 keping cendawan kering _ rendam dan potong 4-saya tak pakai tak ada
1 biji tomato bersaiz besar _ potong 8
2 biji ubi kentang _ kupas kulitnya dan potong 12
2 tangkai daun bawang _  potong panjang
1 inci halia _  tumbuk
3 ulas bawang merah _  tumbuk
2 ulas bawang putih _  hiris
2 biji cili merah _ buang bijinya dan  belah 2 tapi jangan putus
1 biji bawang besar _ dhiris kasar
1 tbsp kicap pekat 
1 tsp serbuk rempah lima ( Five spice powder)
1/2 tbsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada putih 
Garam secukup rasa
Minyak 

Bahan-bahan A
3 tbsp sos cili
1 1/2 tbsp sos tomato 
1 1/2 tbsp kicap pekat manis
Gula






 Cara-cara:-)
  • Gaulkan ayam bersama kicap pekat , serbuk rempah lima dan garam secukup rasa.. Perap 15 minit.. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak.. Tumis bawang putih hingga wangi. 
  • Masukkan halia dan bawang merah.. Tumis lagi sehingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan ayam dan masak selama 3 minit.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.. Masak lagi selama 5 minit.
  • Setelah itu masukkan ubi kentang dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan lobak merah serta bhn² A dan gaul rata.
  • Setelah ayam empuk dan bahan² lain lembut.. bolehlah d masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul rata.
  • Masukkan pula daun bawang dan tomato.. Gaul rata dan tutupkan api.
  • Hidang dengan nasi putih panas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi