Followers


Khamis, 21 Julai 2011

~::Dadih Belang::~

 Assalammualaikum....salam dimalam hari...Tadi petang tekak nie terasa-rasa nak makan dadih..Ya allah memanggil-manggil  je dadihnya...Dah la kepala ting tong ak hilang lagi...Dalam ting tong tu ku gagahkan jua nak buat dadih nie..Dah tak tahan dah nak makan sangat..Bila nak makan dadih tu...Apa lagi pegi la meniarah pakcik google tu..Dalam dok beri salam dari rumah ke rumah terjumpa la yang berkenan dihati..Jumpa la resepi kat rumah cikmin ni ha...Tengok bahan-bahan sume ada kat dapor tu..Terus je bangun dah memulakan operasi membuat dadih..
Tah la dalam kepala dok ting tong tu sempat lagi nak buat dadih tu belang-belang..Hadoi la ai..nasib baik mia dok layan karton kat tv tu..Tak de la dia mengacau mamanya ni..masa buat dadih nie perut dah berbunyi-bunyi dah tak tahan bau strawberry tu..Menusuk ke hidung..Perut apa lagi krok...krik...Mintak nak diisi..hamik ko kan..Kesian baby dalam perut nie nak makan dah tak sabar..kehkehk...Jom la layan resepi kat bawah nie..
 Resepi Asal:-)Yuka
Sumber:-)Cikmin


Bahan-bahannya:
Satu peket coffemate- 450gram*
Satu peket serbuk agar2-12gram*
Satu tin susu cair*
2 cawan gula*
3000ml air*
secubit garam*
Pewarna perasa strawberry

 Cara-caranya:-)


  • Satu sukatan diatas ni boleh dpt sebanyak 50 bekas.
  • Masukkan semua bahan2 yg bertanda,kacau rata sehingga mendidih,tutup api bahagikan beberapa bahagian.
  • Bergantung berapa perasa kita nak letak.
  • lapis la mengikut kreativiti masing-masing..Masa nak lapis tu pastikan bahagian yang satu lagi tu mengeras dulu..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi