Followers


Ahad, 24 Julai 2011

Apam Gula Hangus

 Hai  salam sume...hari nie baru masuk dapor yek tuan rumah..Hehehe malas memanjang je tuan rumah nie..Malas memanjang je kan...Haip tak boleh dibiarkan nie..Nanti tak berasap la dapor tu..Nie projek semalam bersama kakak ipar ku...Tq ye kak ana atas tunjuk ajar mu..Apam gula hangus nie kak ana yang buat.Saya dok menyebok mengacau dia je buat apam nie..sedap tau apam nie..Lembutnya sampai ke malam tau..Walau pon dah sejuk lembut sesangat.Memang puas makan la..asyik berulang je makan apam ni..Nama apam gula hangus ingatkan manis la apamnya..Rupa-rupanya sedang-sedang elok je manis apam nie..Pada abah ku memang sesuai la makan apam ni memang tak manis pon..Jangan takut kencing manis tu naik..Memang tak naik la kencing manis tu..Apam nie saya rasa ok sangat la..
Resepi Asal:-) Kak Ana


Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

 Cara-cara:-)
  • Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  • Pukul telur,susu,minyak dan marjerin sehingga sebati- atau pakai electric mixer ( boleh gak pakai blender selama 3 minit.
  • Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  • Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  • Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi