Followers


Khamis, 21 Julai 2011

Ayam Bumbu Bali

 Assalammualaikum...
Salam Sayang....
Salam di hari khamis...
Hari ni kepala ting tong sikit.Tekak mual-mual je...Biasa la kalau dah ada isi mcm tu lakan...Ikutkan hati memang malas nak masak..Tapi memandangkan perut ni mintak diisi..Jadi terpaksa la memasak jugak...Resepi dari rumah kak melley mey..Ayam Bumbu Bali..
Sedap tau ayam nie..Nampak macam pedas tapi sebenarnya tak la pedas pon..Mungkin lain kali buat nak letak cili padi..Kak mintak izin letak resepi kat sini ye..
 Resipi oleh ~ saw_wei .. Izinkan Diana kongsikannya d sini yer ( TQ ) 
 Olahan ~ Sky Blue's Kitchen 

Bahan-bahan:-)
1 ekor ayam 
1 cm lengkuas _ d tumbuk
3 helai daun limau purut
2 biji tomato 
2 sudu makan kicap manis 
2 helai daun bay 
Garam secukup rasa
2 batang serai _  titik 
Sedikit gula 
Minyak

Bahan-bahan Kisar Halus ( kisar bersama sedikit air )
7 biji cili merah
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji buah keras
1/2 tsp belacan bakar
2 - 3 tbsp cili kering kisar



Cara-cara:-)
  • Gaulkan ayam bersama sedikit garam dan perap seketika.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak tapi jangan garing.. Angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang lain.. Panaskan sedikit minyak ( boleh juga gunakan minyak menggoreng ayam tadi ) dan tumiskan bhn² yang d kisar halus sehingga naik baunya dan sedikit garing.
  • Masukkan lengkuas, daun limau purut, daun bay, serai, tomato dan kicap manis.. Gaul rata.
  • Masukkan ayam goreng dan masak sehingga tomato hancur dan pekat.
  • Angkat dan hidang dengan nasi putih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi