Followers


Jumaat, 15 Julai 2011

*Cheesy Hash Brown*

 Selamat pagi jumaat..Harap pagi jumaat yang indah ini diberi keberkatan untuk kita semua..jom layan menu kanak2 riang nih..sangat sedap! mia mmg suka kalau bab2 kentang.. Mama mia lagi la suka..kehkeh...Resepi diambil dari sini..
 Resepi Asal:-)Hana Memeories




Bahan-bahan:-)
  • 3 biji kentang size besar
  • 2 sudu makan parutan keju cheddar - hana gune parmesan
  • 1/2 biji bawang holland - potong dadu
  • 2 sudu besar butter
  • blackpepper - optional
  • garam secukup rasa


 Cara-cara:-)
  • Kupas kentang. Kemudian sagat dan cincang sedikit. akan kelihatan keluar kanji (air), jangan dbuang. sbb kanji tersebut akan membuatkan kentang melekat antara satu sama lain.
  • Panaskan butter. Tumis bawang besar tadi hingga layu. Masukkan ke dalam mangkuk kentang, skali ngan butter wat goreng tadi. Gaul.
  • Masukkan keju, blackpepper dan garam secukup rasa. Ambil sedikit dan perah sedikit sahaja air kanji yang berlebihan, kemudian kepal2kan dan leperkan seperti bentuk hash brown.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. (Minyak paras 1/4 kentang).Terus goreng hingga keperangan. Jangan balikkan selagi bahagian bawah belum keperangan utk mengelakkan potato terburai dan pecah.
  • Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos pilihan.

2 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

ohhhhh... senangnya nak membuatnya... cantik jer nampak awk goreng... nyum3

Bungadamia berkata...

sari yusa ibrahim..
menguji kesabaran jugak nak membuatnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi