Followers

Jumaat, 15 Julai 2011

Ungkep Hati n Ayam + Ikan Sambal Wangi ala Thai

 Salam..Ni pertama kali saya cuba masak ungkep hati ayam ni..Tapi ada lauk sampingan lauk lain.Nampaknya ungkep hati atam ni saya je yang makan..Memandangkan cik somi tak makan hati ayam saje sorang je la yang makan.Lauk tuk cik somi saya masak ikan sambal wangi ala thai...Resepi ungkep hati ayam nie masakkan jawakan..Resepi asal saya dapat dari Cikmin dan ikan sambal wangi ala thai tu dari myresipi..

Resepi asal:-)CikMin

 Resepi Ungkep Hati Ayam

Bahan-bahan:-)
500gm ayam (saya guna Hati Dan ayam)
*3-4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 sudu makan ketumbar
*1 sudu makan jintan putih
*1-2cm kunyit hidup
*1cm halia
*5-6 bijik cili padi – jika ingin ungkep pedas
2 batang serai – ketuk. kali nih blend@tumbuk jek sekali
sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
garam
air

Cara-cara:-)
  • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
  • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.



Resepi asal:-)MOMMAMIA


Bahan-bahan:-)
1 ekor ikan kerapu/siakap - saiz besar
3 sudu besar sos cili
1-2 keping asam keping
gula dan garam/sos nampla secukup rasa
segenggam daun ketumbar - dihiris

Bahan2 kisar:-)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
4 batang serai
10-15 biji cili padi

 cara-cara:-)
  • ikan yang telah dicuci bersih tadi diperapkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung
  • kemudian goreng ikan sehingga garing dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga garing (pastikan minyak lebih kalau tidak sambal nanti tidak begitu garing)
  • masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu
  • bila sambal dah agak kering masukkan sos cili, asam keping dan semua bahan perasa
  • kacau rata
  • padamkan api
  • tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan taburkan dengan daun ketumbar
  • hidangkan panas2 dengan nasi putih


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi