Followers


Ahad, 17 Julai 2011

Ayam masak hitam

 Assalammualaikum....dah mamam tengahari ke?...saya dah kenyang...Sebenarnya ni n3 tertungak..n3 dua hari lepas..Lupa pulak nak masukkan..Patut la macam ada kekurangan je...Rupa-rupanya lupa si ayam masak hita nie..Hheheh..Pikir banyak la..Apa-apa pon jom layan resepi kat bawah nie..Nak mintak dah tak boleh dah..Dah jadi baja pon..kehkehkeh...




Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-)

  • 4 ketul peha ayam (bole jugak guna semua bahagian lain pun)
  • 2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 10 tangkai cili kering - dikerat-kerat serong
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah daging
  • 2 biji ubi kentang - dipotong kecil dan digoreng dahulu.
  • sedikit air (jika terlalu pekat, tambah)
  • garam secukup rasa
  • gula (optional)
  • daun bawang untuk tabur

Bahan Sos:-)

  • 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
  • 2 sudu besar kicap masin Kipas Udang
  • 2 sudu bear sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu teh cuka makan

Cara Memasak:-)

  • Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan perap sekejap. Kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng pula ubi kentang, angkat dan ketepikan.
  • Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar dan tumis bawang, bahan tumbuk, cili kering dan serai hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan rempah, kacau lagi.
  • Masukkan air dan kacau sekejap.
  • Masukkan ayam dan kacau balik biar mesra sekejap.
  • Masukkan semua bahan sos dan masak atas api perlahan. Balik-balikkan biar bahan bergaul sebati dengan ayam.
  • Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Tambah apa yang perlu ikut tekak (*bole jgk letak sedikit gula)
  • Akhir sekali masukkan kentang dan gaul rata. Tutup api dan tabur daun bawang. Hidangkan.. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi