Followers


Ahad, 17 Julai 2011

Murtabak Mini

 Hai...Ha..siaran tertungak..Untuk sarapan pagi tadi..Tapi tak masukkan..Dah tengah malam buta baru nak masukkan..Dasar pemalas la fiza damia nie..kehkehkeh...Murtabak mini?? Haaa... bukan karipap je ade karipap mini, atau popia mini, murtabak pun ade mini tau.. heheee... Resepi ni simple sangat, dan langsung takde penggunaan tepung. Sebaliknya,kita gunakan kulit popia sebagai ganti. So, bagi yang malas nak menguli macam saya hari ni, bolehla cuba..Cepat je nak buat.. ^^
 Sumber:-)Fiza Damia YummY



Bahan-bahan:-)
3 biji kentang (potong dadu)
1biji bawang besar
5biji bawang merah*
3ulas bawang putih*
1inci halia*
4/5 sudu rempah kari daging
daging kisar
air asam jawa
garam
gula
minyak untuk menumis
air secukupnya
(Tumbuk bahan yang bertanda *)
Kulit popia
4biji Telur ayam


 Cara memasak inti murtabak mini:
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi.
  •  Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk.
  •  Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  •  Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.

Cara menyediakan murtabak mini:
  • Pecahkan telur dalam mangkuk, ambil sedikit inti yang telah disejukkan dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi.
  •  masukkan juga hirisan bawang besar dan gaul rata.
  •  Ambil kulit popia, letakkan di atas bekas yang rata ( pinggan atau dulang ).
  •  Tuangkan 2 sudu inti di tengah-tengah kulit popia dan lipat. 
  • Goreng di atas kuali leper (macam goreng murtabak), balik-balikkan. 
  • Angkat apabila kulit popia sudah berwarna kuning keemasan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi