Followers


Selasa, 21 Jun 2011

Super Moist Chocolate Cake

 Super Moist Chocolate Cupcake

source1:AlongRoz
source2 :Hasue
source3:Mas Duniaku

Bahan-bahan:
100g Serbuk Koko*
 180g Gula pasir*
 1 tin Susu sejat*
 200g Minyak Masak Sayuran*
 250g Susu Pekat*
 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
 150g Tepung Gandum
 1 st Soda Bikarbonat
 1st Baking Powder
Papercups/kertas cawan secukupnya

 Cara membuatnya :-)
-Campurkan kesemua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
-Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
-Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
-Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!
 Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:-)
150g coklat masakan
1 sudu teh mentega65ml
 whipping cream

Cara-caranya:
-Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
-Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi