Followers

Selasa, 21 Jun 2011

Mee Bandung Muar

 Assalammualaikum..Ha ni nak kongsi lagi satu resepi mee.Mee Bandung Muar.Mintak maaf la kalau bahan-bahan yang bigunakan bukan untuk mee bandung muar.Saya dapat pon dari sini..Nak makan punya pasal mee bandung ni tu yang buat jugak tu.Keputusannya memang sedap la.Puas dok pilih-pilih resepi yang paling simple dan ini la yang saya pilih untuk buat makan tengah hari kami tadi.En.somi suka pulak.Siap bertambah-tambah makannya.Lepas makan terus je g keje balik..Saya mintak iin tuan punya resepi copy kat sini pulak ye..
Bahan-bahan: -)
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 
Cara-caranya:-)
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4. Masukkan sos tiram 
5. Masukkan udang, daging rebus. 
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat 

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) 


1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.

CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG
CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG MUARBahan-bahannya 

1 kilogram cili kering,
1/2 kilo udang kering,
5/6 ulas bawang putih
Tumiskan bawang putih, pas tu,
masukkan cili kering yg telah blend. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali, pastu masukkan udang kering
yang dah dikisar..biar sampai masak… bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang
pada citarasa masing-masing, tapi jangan terlalu manis pulak). Bila dah sejuk, masukkan
ke dalam bekas kecil tu… tapi mesti simpan dlm freezer ya…..Selamat mencuba!!!! 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi