Followers

Rabu, 22 Jun 2011

Mee Goreng Basah

 Selamat pagi...Dah sarapan ke???Jom kita makan mee goreng basah harini...Semalam kang buat mee bandung.So ada la lebihan mee.Maka jadi la sarapan pagi untuk saya dan mia si kecil tu.Papanya keluar keje seawal 4.30 pagi.Jadi kami berdua saja la yang makan mee ni..Jom Tengok bahan-bahannya.
 Bahan-bahan:-)
500 gm mee 
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
100 gm isi ayam/daging/Sotong
2-3 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
Air
Minyak
Garam
Cara penyediaan:-)
1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan isi ayam/daging/soton. Masukkan air dan kacau rata.
3. Bila mendidih masukkan mee, sos tiram, kicap manis, dan kobis.
4. Kacau seketika dan letaklah sedikit serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah diangkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi