Followers


Isnin, 20 Jun 2011

Sotong Oriental

 Salam sume..semalam satu hari tak on fb,blog dan segala-galanya.Sebok sangat2 semalam.Kami sekeluarga adakan Jamuan BBQ untuk menyambut hari bapa dan juga brithday mia.Terima kasih pada rakan-rakan dan family yang hadir.Maklum la satu hari kat dapur bertungkus lumus menyediakan makanan dan bahan-bahan perap unyuk ayam.Sampai terlupa nak ambil gambar semalam.Tak ada la kenangan untuk hari semalam.Tapi masih segar dan akan diingat sehingga keakhir hayat ku..Untuk hari nie saya masak lauk sotong oriental ni.Resepi dari rumah kak Nor Secubit Garam dan  rumah mat gebu.Nak lihat klik sini yek..Dapur Tanpa Sempadan
 Bahan-bahan:-)
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa

1Biji Cili Hijau-potong serong


Bahan Pes:-)
2 camca besar pes tomyam
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air

Cara-cara:-)

  1. Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. 
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi