Followers

Sabtu, 18 Jun 2011

Roti Jala n Kari Daging

 Salam petang sabtu.Emmm...ni la roti jala yang dijanjikan tadi..Memang sangat senang nak menjalanya..Terima kasih pada reen khan yang telah menjual botol roti jala ni.Kat sini memang susah sangat-sangat nak mendapatkan acuan roti jala nie..Roti jala ni saya makan dengan kari daging.Fuhh memang terangkat la.Leleh air liur kalau sapa yang mengandung tu..Resepi asal saya dapat dari rumah kak hana.Kat rumah  ummi pon ada..Jom la layan resepi kat bawah nie..
Resepi asal:-) Kak Hana




Bahan-bahan:-)
750 - 850 ml air
410 ml susu cair (*akak guna fresh milk)
600 gm tepung gandum
2 biji telor
3 - 4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan - untuk merenjis
Cara-caranya:-)
-Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
-Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
-Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
-Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
-Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
-Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.

*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.






Untuk Kari Daging
Bahan-bahan:-)

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
1Batang Carrot-Potong kecil
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-)
-Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

-Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

-Masukkan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi