Followers


Isnin, 20 Jun 2011

Cookies Famous Amos

 Assalammualaikum dan salam petang ...Dah minum ke petang ke??ni nak kongsi resepi biskut yang fofuler kat negara kita ni..kalau nak beli kat kedai tu 100gram sekarang kalau tak silap saya rm18 kan..Mahal tu???So saya pon dok depan laptop ni dok mencari la resepi biskut ni.Tutut jumpa la pula..Jadi tak sabar la nak  buatnya.Bila dah buat rasanya memang sama la macam biskut famous Amos yang kita beli kat kedai tu.Pada yang menggemari biskut ni.Saya galakkan mencuba tak rugi la...Resepi asal saya dapat dari mrnamie.Tq pada tuan punya resepi ye..Mintak iin letak resepi kat sini pulak ye..


Bahan-bahan ( 70-80 biji )
 250g mentega
 280g tepung gandum
 10g serbuk koko
 150g gula kastor
 ½ sudu kecil esen vanila
 ½ sudu kecil soda bikarbonat
 2 sudu besar susu tepung
 2 sudu besar tepung jagung
 1 biji kuning telur
 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
 100g coklat cip
 Secubit garam
Kismis secukupnya-Saya guna untuk hiasan

 Cara-cara:-)
-Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
 -Masukkan kuning telur dan pukul rata
- Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
- Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
- Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
- Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.

1 ulasan:

Nadz Nazharzan berkata...

Memang cedap!! Terangkat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi