Followers


Rabu, 15 Jun 2011

Rasam

 Assalammualaikum..Makan kami hari n ie.Sangat menyelerakan..Sejenis masakkan india.Paling mudah nak sediakan..Memang membangkitkan selera..Pada sesiapa yang demam,selesema atau tak ada selera nak makan memang sesua la makan ni..Rasam adalah sejenis masakkan jenis sup yang biasa disediakan dikalangan orang india.selatan.Bahan campuran rasam ini biasanya adalah daun kari,bijiran campuran rempah ratus dan sebagainya.Masakkan rasan ini berkhasia tinggi kerana bahan campuran yang dicampurkan seperti diatas tadi memang membersihkan perut.Kebiasaannya rasam ini boleh diminum terus bagaikan sup atau pon boleh dimakan bersama nasi untuk dijadikan lauk.ha ko membebel panjang..Jom layan resepi..tq pada kak  reen khan dr air tangan reen atas sumbangan resepi ini..
Resepi asal:-)Reen Khan


Bahan-bahan:-)
2 sudu rasam mix, jenama baba's
1 gelas air asam jawa ikut suka klu nak masam  pekatkan sikit
bawang merah-dihiris
bawang putih-ditumbuk halus
halia ditumbuk halus
cili kering-dipotong pendek
 2 tangkai daun kari
1 sudu halba campur
garam dan serbuk perasa
sedikit serbuk kunyit
3 biji tomato masak di potong kecil,




Cara-caranya:-)
-Tumis halba,bawang putih,halia,cili kering dan daun kari bingga kuning dan naik bau.
-Dalam periuk lain masukkan air asam jawa,bawang merah dan tomato yang telah diramas dengan menggunakan tangan.
-Biarkan reneh sebentar kemudian masukkan dalam periuk yang kita tumis halba,bawang putih dan lain-lain.
-Perlahankan api,rasa garam,Kemudian masukkan serbuk kunyit.Boleh di tutup apinya.
-Enak makan macam tu atau dengan nasi..

Cadangan Dari tuan punya resepi:Reen Khan
Gandingan mantap untuk rasam ini ialah sambal ikan bilis,acar mangga,papadom dan sayur goreng stail india..goreng sampai hancur


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi