Followers

Selasa, 14 Jun 2011

Jemput-jemput Jagung

 Salam petang selasa semua..Petang ni jom kita makan cekodok jagung atau pun jemput-jemput jagung.Rasa-rasanya dah lama sangat la nak buat jemput-jemput ni asyik tertangguh je..Macam la banyak keje.Rasanya dah sebulan lebih kot bertangguh nak buat jemput-jemput ni..Bukan apa bila nak buat jemput-jemput nie sememangnya kena la tunggu duli yang maha mulia En.Somi ada di rumah.Kalau En.Somi tak ada tak usah mimpi la nak membuat jemput-jemput ni....Memang last sekali jemput-jemput ni ke tong sampah la jawabnya..Saya nie tak la kuat sangat makan..Kalau ada En.Somi tu memang best la tengok dia makan..Sampai licin dia makan.Ada ke en.somi cakap saya letak dadah..Memang dia cakap saya tak boleh makan cekodok awak.Sekali makan mesti nak layan sampai habis..Gian katanya..Geleng kepala saya dengar en.somi cakap mcm tu..Apa-apa la awak oi..Tu saya cakap kat dia air tangan seorang isteri...Hehehe..puji diri sendiri pulak..Jom la tengok bahan-bahan kat bawah...
 Resepi Asal:-)
Fiza Damia YummY


Bahan-bahan:-)
2Cawan Tepung Gandum
1Sudu Teh Baking Powder
1Biji Bwawng-Potong Dadu
1/2Tin Jagung Tin-saya beli yang berbiji punya
1Biji Bawang Merah-potong dadu
1Pokok Daun Sup-Hiris halus
1Sudu Teh Serbuk Kunyit
4Sudu Besar Udang Kering-Rendam
Sedikit Garam
Air Secukupnya
Sos Cili Thai atau apa-apa jenis sos
Cara-caranya:-)
-Semua bahan masukkan ke dalam mangkuk besar gaul sebati.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sedikit pekat.Jangan terlalu cair.Sedang-sedang pekat je..
-Panaskan minyak dalam kuali.Minyak mesti banyak supaya masa menggoreng tepung tenggelam..
-Masak hingga kekuninggan dan garing..
-Selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi