Followers


Khamis, 16 Jun 2011

Donut Ball


Dah byk kali gak buat donut dgn menggunakan ovallete. Sangat lembut dan gebu biarpun hanya menggunakan tepung biasa. Tetapi jika menggunakan shortening, tak perlulah letak ovallete. Tetapi fiza sebenarnya mmg tak gemar pun guna shortening sb mcm tak kena jer dgn selera anak tekak  ni.Mia pon memang suka sangat la dengan donut ni..Kanak-kanakkan memang suka la kan.. 

Resepi ni adalah mengikut citarasa Fiza sekeluarga. Alhamdulillah....mmg cepat habis!



Resepi asal:-)dayangjack


 Bahan-bahan:-)
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2  1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)



 Cara-cara :-)
-Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
-Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
-Bahagikan doh kepada bentuk seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
-Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
-Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi