Followers


Khamis, 2 Jun 2011

Pulut Panggang

 Salam petang...hari nie terlebih rajin sikit saya nie..Buat pulut panggang.Gara-gara terpengaruh  dgn kak je yang fofuler tu la.Jalan-jalan umah kak jee terus tergoda dgn pulut panggang kak jee tu.Saya ni memang gemarkan pulut panggang.En somi haram nak menyenuhnya..Al kisah nya saya sorang la melantak perabis sume pulu panggang ni.Kenyang la...En.somi memang tak suka yang berasaskan pulut2 ni..Angin katanya kalau dia makan...Gasak ko la ye en somi ye..Maafkan mama ye papa..Derhaka sikit melawan ckp papa..Dalam yang banyak2 nak habiskan dapat la hantor kat jiran sebelah menyebelah.Makan kenyang2 ye cikgu sebelah umah..Cuti tak de apa nak buatkan kita makan pulut panggang ni..
Resepi Asal:-)Dunia dari Dapur Kak Jee
Sumber:-)fiza damia


Bahan-bahan:-)
Untuk Inti:-)
1Biji Kelapa-Putih
2Sudu Udang Kering-Rendam dulu
1Biji Bawang Besar
2Biji Cili Merah
Sedikit Serbuk Kunyit
1Helai Daun Kunyit
Garam n Gula


Cara-caranya:-)
-Tumbuk bawang besar bersama cili merah hingga halus.Kemudian masukkan udang kering dan tumbuk lagi.Tapi kasar2..Letak garam n gula serta serbuk kunyit dan gaul sebati.
-Selepas itu keluarkan dan gaul bersama kelapa.Masukkan daun kunyit yang telah dimayang halus.
-Letak bahan-bahan tadi kedalam kuali dan masak hingga masak.Jangan terlalu kering.Masak dengan menggunakan api perlahan.


Untuk Pulut.
-Pulut terpulang nak pakai banyak mana.
-Cuci pulut hingga bersih dan masukkan dalam rice cooker.Dan leak secubit garam.Air paras satu inci atas pulut.Masak macam masak nasi.
-Setelah masak sejukkan dulu baru diaambil sedikit dan diletakkan atas daun pisang.
-Bentukkan bulat dan letakkan inti dan bentuk pulut supaya kemas.
-Bungkus mcm biasa.
-Masak atas dapur.Saya guna kuali yang non stik..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi