Followers

Khamis, 2 Jun 2011

Masak Lemak Cili Padi Tempoyak n Buncih Goreng Dgn Buger

 Salam petang..Kejap je dah petangkan..Baru nak masukkan n3 ni ha...Hidangan tengahari saya tadi..hari nie masak lemak cili api tempoyak dgn sayur kacang buncih yang dicampur dgn daging buger..Ha amik ko tangan ni mengatal sgt nak letak gading buger kat sayur tu.Nasib baik sedap..Yang masak lemak cili api tu memang terangkat la pada yang suka makan pedas.Jom la layan resepi kat bawah.Tak moh cakap banyak2..perut dah menyanyi lagu keroncong untuk ana..

Resepi Asal:-)
fiza damia Yummy

 Resepi Sayur Buncih Goreng Dgn Buger
Bahan-bahan:-)


Kacang Buncih-Potong Serong
2Biji Bawang Merah-Hiris
2Ulas Bawang Putih-Cincang
1Batang Carot-potong Nipis
1Keping Daging Buger-Cincang Halus
Garam n Gula




Cara-caranya:-)
-Bersihkan sayur dan potong serong.Panaskan minyak sedikit tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.Masukkan daging buger yang dicincang tadi.Goreng lagi hingga daging masak.
-Masukkan kacang buncih dan carot.Masukkan sedikit air dan kacau lagi.Perasa dengan garam dan gula..






Resepi Asal:-)


Masak Lemak Cili Padi Tempoyak


 Bahan-bahan:-)
3Ekor Ikan Mambung-Saiz sederhana
2Cawan Santan-Pekat
2Keping Asam Jawa
3Sudu Tempoyak
Daun Kunyit
1Sudu Serbuk Kunyit
Garam n Gula


Bahan-bahan tumbuk:-)
1Biji Bawang Besar
2Ulas Bawang Putih
1Inci Halia
15Biji Cili Padi
1Inci Kunyit Hidup


 Cara-caranya:-)
-Panaskan minyak.Masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
-Masukkan santan pekat dan sedikit air.Masak dengan api perlahan.
-Masukkan ikan,asam keping dan daun kunyit.Kacau perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.
-Kemudian masukkan tempoyak garam dan gula.Jika perlu masukkan serbuk kunyit..Masak hingga ikan masak.
note:-)Jangan guna api yang kuat kerana santan akan pecah..guna api yang perlahan sehingga ikan masak..sentiasa kacau...




                       .......................fiZa DaMia YummY...........................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi