Followers


Khamis, 2 Jun 2011

Custard TeaCake @ Kak Ida Koleksi1001

 Salam...N3 terakhir malam nie...Esok sambung lagi.Ni mia punya pasal la ni nak makan kek..Hehehe salahkan anak pulak yang sebenarnya mak yang nak makan..Ayat cover line..Tak la memang betul pun mia nak makan kek.Mama dah lama tak buat kek.Asyik buat apam je..kan..Harini mama buat jugak la untuk mia.Kek ni sebenarnya untuk minum petang.Tapi tak salah pon bila2 kita nak makan..Resepi asal dari kak ida 1001resepi yang dulunya.Sekarang dah tukar ke koleksi1001..Dok peram lama sangat resepi ni..Baru la nak buat bila mia minta mama buatkan kek..Tengok kat blog kak ida memang nampak sedap keknya.Tapi manis sangat la pulaknya.Tapikan  bila makan kek ni minum pulak dengan air tea yang tawar dan panas.Memang sedap.Lain kali nak kurangkan lagi sukatan gula...Jom intai resepi kat bawah..
Bahan-bahan:-)
125Gram Butter
1/3Cawan Gula Castor
1Biji Telur
3/4Cawan Tepung Kek@Tepung Gandum
1/4Cawan Tepung Kastard
2Sudu Teh Balking Powder-Kalau guna epung Gandum


Bahan-bahan Kastard:-)
1Sudu Besar Tepung Kastard
1Sudu Gula Castor
2/3Cawan Susu Segar
15Gram Butter
2Sudu Esen vanilla




Cara-caranya:-)
-Pukul telur dengan butter hingga kembang.Masukkan telur gaul rata.
-Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama-sama balking powder dan gaul rata.
-Guna kek pan yang boleh ditanggalkan dibahagian bawahnya.Alas dengan kertas gris supaya tidak melekat.
-Letakkan sebahagian kek dan ratakan.Kemudian tuang kastard dan tuangkan lagi baki kek tadi.Ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30minit pada suhu 180c.
-Keluarkan keke dr oven dan taburkan kek dgn gula aising




Untuk Kastard:-)
-Larutkan tepung kastard dgn  gula dalam susu.Panaskan dalam periuk hingga pekat.
-Kemudian masukkan butter dan vanilla...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi