Followers

Rabu, 22 Jun 2011

Pes Cili Dan Pes Bawang (Homemade)

Pes Cili
 Selamat pagi.Nak share satu rahsian..Kadang-kadang susahkan kita nak masak.Bila ada anak kecil ni..kita kena bagi sepenuh perhaian kepadanya..Bila time kita nak masak mula la dia merengek nak didukung la,nak ajak kita main la dengan dia.Time tu mula la kita malas nak memasak..Ni saya dapat resepi dari raidah..Memang senang nak masak sekarang bila pes cili dan bawang ni  dah sedia ada..
Pes Bawang

Pes Cili
 Bahan-bahan:-)

100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula
1/2 liter atau secukupnya minyak.

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, goreng bawnag putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yg telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia untuk digunakan.


Pes Bawang
Bahan-bahan:-)
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi