Followers


Rabu, 22 Jun 2011

Ayam Goreng Berempah Serai...

 Selamat tengahari..Tengah hari ke?Hahaha dah petang baru nak tayang lauk ku tadi..Makan untuk tengahari tadi.Masak lambat hari ni.Gas habis..hehehe jadi nak tunggu pak cik gas tu anto ke rumah memang lambat la kan.Kita pon merayap la kat rumah jiran-jiran blog kiata tu..Bila jalan-jalan ternampak la pulak ayam yang mengoda ni..Dengan hati yang berkobar-kobar nak masak ayam ni.Tunggu punya tunggu pak cik gas tu tak datang-datang juga.Dengan penuh sabar tunggu jugak.Dan akhir sekali tepat jam 12 tengah hari baru la sampai gas tu.Adoi la pak cik ni lambat bebonar nak mengantar gas.Nasib baik mood masak aku tak hilang lagi.Apa lagi terus masuk dapur terus memulakan proses memasak..Hehehe nak resepi..Meh sini.
 Resepi asal:-)Love2Cook


Bahan-bahan:- )


1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)


Bahan dikisar bersama:-)6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3~4 batang serai
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging-resepi asal guna serbuk
1/2 sudu teh  jintan putih-resepi asal guna serbuk
1/2 sudu teh jintan manis-resepi asal guna serbuk
1/2 sudu teh ketumbar-resepi asal guna serbuk
1/2 sudu teh rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-caranya:-)
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Bila dah masak angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih,nasi lemak..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi