Followers

Selasa, 21 Jun 2011

Pandan Chiffon Cake

 Assalammualaikum blogger dan pada penggunjung setia fiza damia yummy..Terharunya la bila orang-orang lama sudi singgah dan menerai resepi kita yang budak baru nak belajar nie..hehehe..sukanya la bila pagi tadi bila bukak fecebook kak naz sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa nie dan sudi pula mencuba resepi biskut Famous Amos ni...K untuk sarapan pagi tadi saya buat kek chiffon pandan..Wah menjadi jugak akhirnya.Dah banyak kali saya buat tapi tak pernah nak jadi.Alhamdulilah kali nie menjadi jugak.Mia bukan main suka lagi makan.Dah hampir nak habis pon...Nak resepi ke?Tak yah kot..Hhehehe..Tak de lah jom layan resepi kat bawah.Resepi  asal saya dapat dari sweet 4ever @myresipi..dan diblogresipi

 

.

 Bahan-bahan:-)
150 gm Tepung super fine 
150 gm gula kastor ~ fiza 100 gm
5 biji telor 
15 ml / 1 sb ovalette
80 ml air daun pandan
80 ml minyak / mentega cair
5 ml/ 1 sk pes pandan
1 sk serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:-)
  1. Satukan gula, ovalette, tepung super fine , serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.(tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau..Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 inch, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 – 180darjah celcius (Kek dimasak menggunakan api bawah & atas)
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek…lebih kurang 5 minit…Bagi mengelakkan kek kita kempis..





tgk budak ni makan..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi